Kemaskini 3 Jun 2008



PROFIL PSSCM

Profil Penuh PSSCM

Dokumen ini memuatkan profil penuh PSSCM.
[Lihat dan Muat Turun]


Profil PSSCM Bhg. 1

Dokumen ini mengandungi Misi dan Visi, Matlamat, Strategi serta Maklumat mengenai PSSCM. Selain itu, dokumen ini juga memuatkan Carta Organisasi PSSCM termasuk Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib. Maklumat ringkas mengenai Silat Cekak seperti pantang-larang, pantun, sistem mata pelajaran dan lain-lain juga terkandung dalam dokumen ini. Selain itu, turut dimuatkan, Pingat Berjasa dan Pingat Setia yang dianugerahkan kepada ahli-ahli PSSCM yang banyak menabur jasa kepada persatuan.
[Lihat dan Muat Turun]


Profil PSSCM Bhg. 2

Dokumen ini merupakan sambungan daripada dokumen Profil PSSCM Bhg 1. Antara isi kandungan yang terdapat dalam dokumen ini ialah Sijil Rendah dan Sijil Menengah, maklumat ringkas Pengasas PSSCM, YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad, Presiden dan Guru Utama, YM Ustaz Haji Ishak Bin Itam, Maklumat Perhubungan PSSCM, Bangunan Silat Cekak dan Rumah-rumah Cawangan Di Beberapa Negeri.
[Lihat dan Muat Turun]


Profil PSSCM Bhg. 3

Dokumen ini merupakan sambungan daripada dokumen Profil PSSCM Bhg 2. Dokumen ini mengandungi sijil-sjil dan dokumen-dokumen penting PSSCM seperti Pendaftaran PSSCM di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Kementerian Belia dan Sukan dan dokumen pengesahan mengenai kedudukan aktiviti-aktiviti PSSCM adalah tidak bercanggah dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
[Lihat dan Muat Turun]

Dalam profil ini tidak dimuatkan pakaian- pakaian rasmi Silat Cekak dan Kad Setia. Walaubagaimanapun profil ini akan dikemaskinikan pada masa akan datang.

Untuk muat turun, tekan bahagian kanan tetikus pada "Lihat dan Muat Turun". Pilih "Save Target As"/ "Save Link As".

Google

Web Silat Cekak

Sejak 1 Mei 2004 (v2.3)
Anda pelawat ke

Buku Lawatan
Hari ini

Laman ini dibangunkan oleh Jabatan Urusetia PSSCM dan diselenggarakan oleh Jabatan Penerangan PSSCM.

PSSCM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP
SEBARAN MAKLUMAT DAN FAKTA SELAIN DARI LAMAN RASMI INI.
İHak Cipta Terpelihara PSSCM 2000-2008
Penafian