![]() |
|||||||||||||||
|
TEMA“MEMBINA BANGSA BERBUDAYA”Budaya dan bangsa adalah dua istilah yang begitu berkait rapat. Tanpa budaya, maka tiadalah bangsa. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya tiada bangsa, maka tidak akan wujud sesebuah budaya untuk dipraktikkan. Bangsa yang Berbudaya mempunyai sejarah ketamadunan yang sentiasa mempunyai hubungkait rapat dengan agama yang menjadi panduan dan amalan hidup. Melalui pendekatan agama ini, sesuatu bangsa tersebut akan sentiasa maju ke hadapan demi untuk mendaulatkan Budaya Bangsa yang disemai dari peringkat awal kehidupan sehinggalah mempunyai satu ketamadunan yang boleh dikenali oleh seluruh masyarakat. Untuk menterjemahkan dan memperkenalkan Budaya Bangsa Melayu yang sebenar tanpa meninggalkan panduan dan amalan agama yang dianuti, maka penerapan nilai budaya ini mestilah dibina melalui kaedah-kaedah yang bersesuaian dan dapat diterima oleh seluruh bangsa. Masyarakat khususnya bangsa Melayu perlu sentiasa diberi kesedaran, dibimbing dan dididik akan kepentingan mengamalkan dan mempertahankan budaya yang selaras dengan kehendak Agama Islam, seperti yang digariskan di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Matlamat sebenar PSSCM melalui program ini adalah untuk memupuk semangat orang Melayu supaya kembali kepada budaya Melayu yang asal berlandaskan panduan dan amalan yan terdapat di dalam agama Islam. Apabila elemen ini berjaya diterapkan, maka di penghujung proses perlaksanaan ini, kita akan dapat melihat suatu kelompok bangsa Melayu yang sentiasa berbangga dan mendaulatkan budaya bangsa yang berpaksikan kepada Agama Islam. Bangsa Melayu yang mempunyai Budaya yang berpaksikan agama Islam adalah mereka yang boleh mempunyai sifat-sifat seperti jati diri yang mantap, sikap berani kerana benar, insan yang berdaya tahan dan bernilai murni. Oleh itu, tujuan dan matlamat sebenar PSSCM dalam menggembleng usaha bagi Membina Bangsa Berbudaya untuk mengembalikan jati diri sebenar orang Melayu yang mana melalui sifat-sifat yang dinyatakan di atas akan dapat melahirkan bangsa yang sanggup mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara dalam merentasi pelbagai cabaran arus globalisasi.
|
||||||||||||||
©Hak Cipta Terpelihara PSSCM 2000-2008 Penafian |
|||||||||||||||