PengumumanSalam Aidil Fitri 1431HPSSCM memberi peluang kepada ahli untuk menyampaikan salam Aidil Fitri di laman web ini. Sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Fitri 1431H anda di sini... Selamat Berpuasa Di Bulan RamadhanPSSCM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum. Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL. Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah. Tanah PSSCM di Jalan JelatekPSSCM telah memenangi kes perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan tanah di Jalan Jelatek, KL. Aktiviti SemasaSambutan Nuzul Quran PSSCM Peringkat Lembah Kelang Karnival Wajadiri IPT Ke-4 Maklum Balas |
Buku Tamu Sila kemukakan pandangan dan catatan anda di sini. Mohon kerjasama semua agar menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami. Fik@boy: SalamSalam semua ahli2 psscm . . ingin mengucapkan tahniah kepada dato' haji maideen . . dan saya serta rakan2 seperjuangan yang lain adalah anak2 murid ijazah pertama yang diijazahkan oleh dato . . salam perkenalan . . (KLIP) Rabu, 28 Julai 2010 muhamad zulfaradi abdulla...: salam seperjuanganWlaupun guru utama berubah...asas perjuangan tetap sama...moga semua ahli cekak sentiasa bersatu....hidup cekak.... Rabu, 23 Jun 2010 Haji Umar b. Simam: SALAM TAHNIAH UNTUK PSSCMTahniah kepada PSSCM Pusat semakin maju dan mengembangkan ilmu cekak di Malaysia. Harap dapat melihat ilmu persilatan seni silat Melayu asli terus berkembang di Malaysia dengan adanya hati-hati yang ikhlas untuk berjuang mengembangkan ilmu warisan ini di Nusantara. Saya juga berharap cawangan-cawangan seiring dalam kemajuan ini, khususnya di Negeri Tok Gajah. Walaupun dah lama tidak bersama dengan persatuan dek kerana urusan tugas dan keluarga tetapi saya masih rindu dengan Silat Cekak. Mohonlah AJK Cawangan Pahang mengadakan Hari Keluarga umpamanya untuk dijadikan aktiviti tahunan sambil menjemput ahli-ahli yang yang telah lama sekaligus kita dapat berkenalan dan mengeratkan silaturrahim semula. Orang Biasa menyulam alasan....Orang Cemerlang mencari jawapan. Wassalam.
Sabtu, 05 Jun 2010 mohd rafie bin hj bilhuda...: sahabatassalamualaikum..... terlebih dahulu ucapan tahniah kepada D. hj maiden atas perlantikan beliau menjadi guru utama psscm menyambung perjuangan guru-guru yang sebelumnya. lama telah saya tinggalkan cekak semenjak kembali ke sabah. Saya ahli psscm cawangan melaka (KYM). sekarang ni terasa rindu plak dgn kawankawan yang telah lama tak dengar berita. terasa plk ingin aktif dengan cekak ni tapi apakan daya cawangan sabah belum ada lagi. walau apa pun saya harap saya tetap akan diterima sebagai ahli cekak. kalau ada apa=apa program di sabah atau andaikata ada pembukaan kelas di Sabah harap beritahulah saya muda2han ahli-ahli cekak di Sabah ni tidaklah ketingalan atau terpinggir dari berita cekak. " ilmu yang tidak diamal adalah seperti pokok yang tidak berbuah" al-hadis. Mohd rafie hj bilhudah no tel : 0138438909
Selasa, 18 Mei 2010 fakhrull: selamat hari gurusaye fakrull,ingin mengucapkn selamat hari guru,kpd semua guru,terutamanya dato...tahniah! Khamis, 13 Mei 2010 Guest: rindu kelas silatsalam...saya nak tanya..bila PSSCM akan buka cawangan di SABAH....terutamanya di bandar Kota Kinabalu? Sabtu, 08 Mei 2010 ILHAM ISKANDAR: TUANSILAT CEKAK, Harta bersinar kurniaan ILAHI. Penyambungan warisan yang tidak terlawan, lngkah seiringan menyemai keutuhan Iman. Langkah diteladani, lisan didalami. Kata Guru penuh erti, hanya pencinta yang mengenal seni. Kata yang tersurat harus difahami, yang tersirat mengalir dari telinga turun ke hati. Tidak mengundur, tidak diundur. Tegak berdiri tiada sembunyi, penghunus pedang termakan diri. Yang nyata disembunyi, yang gelap dirai. Yang kotor harus dicuci, hingga permata bersinar kembali...
HANG NADIM "sebenar guru ada hakikat, dikuat pula amalan syariat, ditambah pula ilmu makrifat, berpakaian pula dengan isyarat"
Sabtu, 24 April 2010 khairuddun: PSSCM sngt bgussaya m'ng mnt mempelajari silat sjak dahulu lgi ,kerana inilah perninggalan nenek moyang kita. pd thn 2007 sy meminati silat cekak tetapi sy tak thu mcm mana nak msuk. sehinggalah ustaz memanggil ahli silat cekak utk membuat demo di skolah pd thn 2008 , dri situ lah sy mendaftar utk memasuki silat di sekolah. syukur kerana saya msih aktif sehingga sekarang walaupun ramai walaupun ramai yg tidak lagi aktif.. Ahad, 11 April 2010 AJK PSKM: Karnival Silat Kalimah AntarabangsaSalam sejahtera. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung di dalam Karnival Silat Kalimah Antarabangsa di Tiram Indah Village, Johor Bahru terutamanya rakan seperjuangan - Persatuan Silat Cekak Malaysia (Caw. Johor) yang dapat menghadirkan diri di karnival ini. Kami memohon jutaan kemaafan jika terdapat kekurangan di karnival ini. Semoga hubungan antara kita terus terjalin di samping bersama-sama mengembangkan Silat warisan Pak Yahya Said ini ke arean antarabangsa.
"Mengembang, Menyatu & Hidup Bersama"
http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Silat-Kalimah-Malaysia/267122488425?ref=ts Isnin, 05 April 2010 M. Nazmi: update lebih menyeluruhsalam... saya mencadangkan agar ruangan "Kalendar Cekak" sentiasa mendapat update yang terkini dan menyeluruh dari setiap cawangan dan IPT seluruh negara. kebanyakan IPT di seluruh negara ada mengadakan program2 seperti interaksi dan kursus2, tetapi tidak dimasukkan dalam website. justeru, saya mencadangkan agar ada interaksi yang lebih berkesan antara pihak webmaster dan pentadbir di peringkat IPT bagi memudahkan urusan ini. terima kasih. Rabu, 31 Mac 2010 Safia dari UiTM Lendu,Mel...: asalamualaikumasalamualaikum, tahniah saya ucapkan kepada semua ahli silat dari asas sehingga tamat jadi jurulatih...Saya sendiri belajar silat cekak Malaysia sejak tingkatan 4 di Kuala Lumpur, sehingga kini masih sambung di UiTM Melaka..sekarang PSSCM semakin maju dan bergiat aktif, PSSCM pun unik kerana satu2 nya silat yang berbuahkan mengikut langkah solat.. saya sendiri dapat mempertahankan diri saya, saya berkata begini kerana sudah banyak kali saya hampir dibuli dan dicabuli orang. jika bukan kerana saya belajar silat, entah ape nak jadi.. PSSCM jadi bahan assignmt untuk saya, bagi menarik lebih ramai pelajar masuk. beberapa rakan menyebarkan tentang PSSCM ni di dalam internet, mudah bagi saya dan orang lain untuk mengetahui lebih tentang aktiviti ahli PSSCM yang lain.. akhir sekali, terima kasih dan tahniah kerana PSSCM terus maju.. sama2 lah kita berusaha membangunkan adat dan agama kita.. Khamis, 25 Mac 2010 CIKGU ANDY: TAHNIAH DATUK HJ MAIDEEN DAN ABG ROSMANTAHNIAH DATUK ATAS PERLANTIKAN DAN PENERIMAAN DARJAH. JUGA ABG ROSMAN YANG SAYA KENALI DI BKT BERUNTUNG DAN UPSI DULU. Jumaat, 19 Mac 2010 SHAIFUL YAZAN BIN ROSE: Tahniah kpd. Datuk Hj. MaideenSaya dengan spenuh hati mengucapkan tahniah kepada Datuk yang saya kenali sejak zaman Al Marhum Ustaz Hj. Hanafi bin Hj. Ahmad dan Ustaz Hj. Ishak bin Itam. Dulu kini dan selamanya Cekak tetap di hatiku. Walau pun saya tidak aktif kerana baru saja pulih dari kecederaan tulang belakang tapi saya tetap mengikuti perkembangan Cekak Malaysia dari laman sesawang dan Cawangan di Kuantan. Kepada sahabat di barisan AJK Pusat dan Cawangan-cawangan serta barisan Ahli-ahli biasa saya ucapkan syabas kepada anda semua Kepada rakan-rakan yang masih aktif saya teruja dengan semangat kalian. Teruskanlah perjuangan Al- Marhum. HIDUP CEKAK Ahad, 14 Februari 2010 Guest: Rencana BerfotoSalam Tahniah di atas beberapa penambahbaikan dilaman web ini. Harap di masa hadapan pihak webmaster dapat mengeluarkan apa-apa jua berita, rencana, aktiviti beserta dengan foto-foto berkaitan. Misalnya bagi acara majlis ijazah, forum, seminar, aktiviti outdoor dan sebagainya... Ini kerana tulisan artikel atau berita tanpa foto-foto aktivitinya yang menarik kelihatan begitu hambar, kurang tarikan pembaca serta kurang memberikan imej dan kesan positif terhadap pembaca. Lama-kelamaan ia boleh memberikan kesan kurang baik kepada imej PSSCM sebagai sebuah persatuan silat yang progresif dan inovatif. Selain itu, harap webmaster sentiasa mengemaskini laman web ini selalu...
Isnin, 28 Disember 2009 Nur Muhammad bin Adzman: SalamBerikut merupakan sedikit kata-kata untuk renungan bersama: Jangan ditanya apakah yang bangsa boleh sumbangkan kepada kita, tetapi tanyalah diri sendiri apakah yang kita boleh sumbangkan untuk bangsa kita. Tak lain tak bukan adalah menjaga seni kebudayaan bangsa supaya tak luput ditelan zaman. Berjuang membela bangsa tak kira apakah landasan kita, asalkan budaya dan maruah bangsa terpelihara. Bangsa bersatu dan berpadu, tak kira fahaman dan pegangan, asalkan berdiri di bawah satu payung yang sama, hati yang sama, negara akan maju..bermula dengan penyatuan bangsa.
Salam muhibah. NUR MUHAMMAD BIN ADZMAN
Jumaat, 18 Disember 2009 Nur Muhammad bin Adzman: Salam cekak dan Seni Silat Melayu asli N...Tahniah kerana PSSCM semakin maju dan mengembangkan ilmu cekak di Malaysia. Harap dapat melihat ilmu persilatan seni silat Melayu asli terus berkembang di Malaysia dengan adanya hati-hati yang ikhlas untuk berjuang mengembangkan ilmu warisan ini di Nusantara :) NUR MUHAMMAD BIN ADZMAN Rabu, 16 Disember 2009 pkal: syabas psscm!!Assalamualaikum.. Bagi saye Silat Cekak ni adalah salah satu silat yg harus diteladani oleh semua silat di Malaysia. ini kerana Silat Cekak bukan sahaja bagus di dalam sistem pembelajarannya bahkan sistem pengurusannya yang sistematik... siap ada website lagi, syabas sekali lagi saya ucapkan.. Khamis, 03 Disember 2009 Guest: Up-date dataSalam Semoga PSSCM terus maju dan berjaya di bawah kepimpinan Guru Utama yang baru. Sedikit untuk penambahbaikan laman web ini...Pertama harap dapat kemaskini ruangan Perguruan seperti Salasilah Perguruan dan Guru Utama. Kedua, ruangan Perutusan Guru Utama agak kecil. Elok jika diperbesarkan dan ada gambar GU. Hal yang sama juga berlaku di ruangan Pengasas PSSCM. Ruangannya tersendat... Ketiga, jika boleh up-date web head Silat Cekak Online dengan penampilan baru agar lebih menarik. Sekian
...... Terima kasih di atas cadangan & pandangan, akan diusahakan. (Webmaster) Jumaat, 13 November 2009 mie: TahniahAssalamualaikum waramatullahiwarakatuh... 1) Tahniah kepada PSSCM yang terus bergerak dari lisan, media cetak media massa dan sehingga media cyber..so...amat mudah bagi pengunjung yang telah hijrah dari satu tempat ke satu tempat untuk mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa....ia juga seiring dengan perkembangan generasi sekarang yang cenderung melayari web.. 2) Amatlah membanggakan jika bahagian PSSCM di IPT yang mencapai sistem gemilang mengembleng tenaga bersama membantu dan memberi tunjuk ajar kepada IPT yang masih membangunkan PSSCM untuk membantu perkembangan dan sedikit sokongan pentadbiran organisasi bagi memantapkan lagi perjalanan.. secara tidak langsung, akan mengeratkan dan mengukuhkan kerjasama ukhwah merentasi pemikiran yang sedia ada.begitu juga bahagian bahagian PSSCM yang mencapai kemajuan.. Semoga PSSCM terus berada pada paras yang diperjuangkan..... terus kekal kukuh ... Wassalam Jumaat, 30 Oktober 2009 Mohd Faez: Salam Dari Kejauhanmasih mengikuti perkembangan persatuan sekiranya berkesempatan. Masih ingat pantun ni. Untuk renungan bersama. Lahirnya Cekak kerana kesedaran, bukan bermusuh sebagai tujuan, untuk mendaulatkan seni kebangsaan, mensesuaikan dengan makna kemerdekaan. Silat Cekak pada lahirnya, pengertian gerak pada batinnya, hendaklah mahir seluruh anggotanya, hendaklah jujur pada jiwanya. Taat ke guru membawa berkat, sedikit belajar banyak yang dapat, jika menderhaka menjadi mudarat, semua ilmu tiada yang lekat Saya dok di Bandar Tun Hussein Onn. Saya tahu ada kelas berhampiran, tapi.... jadual kerja yang ketat masih belum memberi kesempatan kepada saya untuk menjenguk muka. Mungkin ramai yang tak kenal. Itu lah hakikat. Tak layak untuk saya memperkatakan pasal perkembangan persatuan cuma ingat pantang larang kita. Tak akan menderhaka kepada Guru, Ibu, Bapa. Tak akan mencaci ilmu silat asli yang lain, tak akan bergaduh sesama ahli. Wassalam.... Jumaat, 30 Oktober 2009
|
CarianPenafianPSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+. |



