promo

Pengumuman

Salam Aidil Fitri 1431H

PSSCM memberi peluang kepada ahli untuk menyampaikan salam Aidil Fitri di laman web ini. Sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Fitri 1431H anda di sini...

Salam Aidil Fitri 1431H




Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan

PSSCM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.




Kewujudan Laman Komuniti

Pada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.




Kelas Demonstrasi PSSCM Pusat

Setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL. Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.




Tanah PSSCM di Jalan Jelatek

PSSCM telah memenangi kes perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan tanah di Jalan Jelatek, KL.

Kalendar Cekak

<<  September 2010  >>
 Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat  Sun 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
202122232426
27282930   

Aktiviti Semasa

Sambutan Nuzul Quran PSSCM Peringkat Lembah Kelang
Tarikh : 26 Ogos 2010 ( Khamis)
Tempat : Surau Sek. Rendah Setia Budi, Gombak
Aturcara
Keterangan lanjut hubungi Tn. Hj. Fizol (019-2656853)


Karnival Wajadiri IPT Ke-4
Tarikh : 18-19/12/2010
Tempat : UPSI, Tg. Malim,, Perak
Format Pertandingan
Pertanyaan: Hubungi En. Rosman Mat Deli


Maklum Balas

Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
Informasi
Nordin Abdullah Meninggal Dunia Cetak

21 Ogos 2010, Kuala Lumpur - Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM, Nordin Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 1 petang dalam usia 45 tahun. Allahyarham telah meninggalkan lima orang anak, seorang lelaki dan empat perempuan.

Terdahulu dari itu, beliau telah dikejarkan ke HKL dengan ambulan setelah tidak sedarkan diri semasa bertugas di Wisma Yakin di sini. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak selepas solat Terawih.

Presiden & Guru Utama PSSCM serta ahli-ahli PSSCM seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau. Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang solih, Amin. AL-FATIHAH.

 
Selangor Muncul Juara KSMD Ke-12 2010 Cetak

24 Julai 2010, Ipoh – Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan (KSMDK) Kali Ke-12 pada tahun 2010 yang bertempat di Ipoh, Perak Darul Ridzuan yang telah berlangsung dari 22 hingga 25 Julai 2010 telah menghimpunkan seramai lebih 2000 atlit dari pelbagai disiplin seperti Silat Cekak Malaysia, Silat Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia, Silat Keagungan Helang Putih, Shito-Ryu Karate, Wushu, Silambam, Taekwondo MGTF, Taekwondo ITF, Taijiquan, Goshain-Ryu Karate dan Silat Gayung Fatani.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia, Raja Di-Hilir Perak, Raja Dato’ Seri Jaafar bin Raja Muda Musa pada 23 Julai 2010 di Stadium Indera Mulia, jam 8.00 malam. Manakala Upacara Penutup telah disempurkan oleh YB Dato’ Zainol Fadzi bin Haji Paharudin, EXCO Belia dan Sukan Negeri Perak yang mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Kompleks Belia dan Sukan Perak jam 8.00 malam. Negeri Perak telah muncul sebagai Johan Keseluruhan bagi kejohanan tersebut. 

Pada tahun ini PSSCM telah mempertandingan sebanyak 7 kategori yang merangkumi 62 pingat untuk direbut oleh 12 kontijen negeri. Seramai lebih 300 orang yang telah hadir untuk memeriahkan kejohanan tersebut. PSSCM telah memberi mandat kepada Kelas Pengurusan Ibu Pejabat Negeri Perak sebagai tuan rumah bagi melaksanakan program tersebut yang diketuai oleh Encik Abdul Halim  bin Saad selaku Pengarah Program. Pada 22 Julai 2010, jam 9.00 malam, taklimat juri telah diadakan oleh Pengerusi Pertandingan, Encik Rosman bin Mat Deli. 

Pada 23 Julai 2010, upacara perasmian KSMDK Disiplin PSSCM telah disempurnakan oleh Encik Roslin bin Ali Omar, Setiausaha Agung PSSCM pada jam 10.00 pagi. Pertandingan bermula secara rasmi pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir jam 5.00 petang. Sebanyak 6 kategori telah selesai dipertandingan pada hari tersebut.

Pertandingan disambung semula pada keesokan bermula jam 10.00 pagi bagi kategori 7. Pada 12.00 tengah hari, uparaca majlis penutup kejohanan telah disempurnkan oleh Encik Safaran bin Ahmad yang mewakili YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. PSSCM Cawangan Selangor telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan bagi julung-julung kalinya dalam tempoh 12 tahun kejohanan ini telah diadakan. Semua keputusan pertandingan amat memeranjatkan dan di luar jangkaan. 

Keputusan penuh KSMDK 2010 adalah seperti berikut;

Kategori

Emas

Perak

Gangsa

Kategori 1

Terengganu

Perlis

Perak

Kategori 2

Johor

Selangor

Negeri Sembilan

Kategori 3

Pulau Pinang

Johor

Terengganu

Kategori 4

Selangor

Pahang

Kelantan

Kategori 5

Negeri Sembilan

Perak

Kedah

Kategori 6

Selangor

Melaka

Kelantan

Kategori 7

Selangor

Negeri Sembilan

WP Kuala Lumpur

 Keputusan Juara Keseluruhan 

Keputusan

Negeri

Emas

Perak

Gangsa

 

Juara

 

Selangor

 

3

 

1

 

0

Naib Juara

Negeri Sembilan

1

1

1

Tempat Ke-3

Johor

1

1

0

 Sebelum majlis tersebut berakhir, YM Guru Utama telah menyampaikan ucapan melalui telefon secara langsung kepada semua yang hadir walaupon beliau berada di Kuantan, Pahang atas urusan Majlis Pengijazahan. Para hadirin terharu diatas keprihatinan YM Guru Utama dan Presiden seolah-olah beliau bersama di majlis tersebut. 

KSMDK Disiplin PSSCM 2010 yang dilangsungkan tersebut boleh dijadikan sebagai kayu pengukur dalam meningkatkan kualiti persembahan demonstrasi Silat Cekak. Inilah antara hasil keberkesanan Kursus Demonstrasi yang telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan PSSCM semenjak 2 tahun yang lalu. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan diatas inisiatif mereka untuk menjayakan program KSMDK kali ke-12 Tahun 2010. Ucapan terima kasih kepada urusetia pertandingan, Dewan Hakim, Ketua Juri dan juri-juri diatas kesediaan mereka memberi kerjasama untuk menjayakan kejohanan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak tuan rumah atas kesediaan menyediakan segala kemudahan bagi bersama-sama menjayakan program ini. Kejohanan ini telah berakhir dalam suasana yang meriah dan harmoni selaras dengan semangat gagasan ’Bersama dan Bersatu’. 

 
Persembahan Seni beladiri di Rally 1Malaysia Bukit Jalil Cetak

12 Jun 2010, Bukit Jalil - Pemuda Barisan Nasional telah menganjurkan Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Seramai 15 ribu orang golongan muda yang terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO mengikuti program ini.

Rally 1Malaysia adalah program yang menonjolkan semangat 1Malaysia di kalangan belia negara yang mampu menerima keunikan dan perbezaan masing-masing demi mencapai satu hasrat bersama sebagai generasi muda Malaysia.

Program tersebut diselitkan juga dengan persembahan seni mempertahankan diri oleh lebih 1000 orang belia Melayu, Cina dan India daripada 4 pertubuhan seni beladiri iaitu Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia , Pertubuhan Silat Lincah Malaysia, Taekwando MGTF dan Silambam.

Seramai hampir 250 orang ahli demonstrasi PSSCM yang terdiri daripada kelas latihan dan IPT di sekitar Lembah Klang serta ahli demonstrasi dari Pusat Latihan Bukit Beruntung, Kelas Latihan Selayang, Pusat Latihan Kuang,UNISEL, MIAT dan UIA Nilai telah bergabung membuat persembahan yang menarik pada hari itu.

Melalui persembahan tersebut diharap dapat menarik minat belia-belia yang hadir untuk menyertai seni beladiri khasnya Silat Cekak. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara.

 
Majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Kes Tanah Jalan Jelatek Cetak

10 Jun 2010, Kuala Lumpur - Satu Majlis Kesyukuran & Tahlil telah diadakan bertempat di Rumah Persatuan Jalan Kent di sini sempena kemenangan perbicaraan kes tanah hakmilik PSSCM di Jalan Jelatek.

Majlis yang bermula jam 8.00 malam turut dihadiri oleh YM Guru Utama, Datuk Haji Maideen Kadir Shah dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM serta ahli-ahli dari Kelas-kelas Latihan dan IPT di sekitar Lembah Kelang. Majlis bermula dengan solat isya’ berjemaah bersama YM Guru Utama dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil.

Majlis yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Fizol bin Saad ini disusuli dengan penyampaian zakat kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan terdiri daripada Sdra. Abdul Rahman bin Awang, Sdra Mohd Faiz Bin Haji Abdul Salim, Balu kepada Allahyarham Mohd Shahdan bin Syed Sahil dan seorang ahli dari PSSCM UiTM, Sdri Erma Dasila yang merupakan seorang anak yatim.

Majlis kemudian disusuli dengan tayangan video mengenai perbicaraan kes tanah di Jalan Jelatek kepada semua yang hadir. Majlis kemudian bersurai dan diakhiri dengan jamuan bersama YM Guru Utama.

 
Keputusan Rasmi Ujian Sijil Rendah PSSCM 2009/2010 Cetak

SENARAI KEPUTUSAN UJIAN SIJIL RENDAH TAHUN 2009/2010

SENARAI KEPUTUSAN LULUS MENGIKUT CAWANGAN/KELAS LATIHAN

NOTA :

1. SENARAI KEPUTUSAN ADALAH PESERTA YANG LULUS SAHAJA.

2. PAKAIAN PENERIMA SIJIL:

- LELAKI: BAJU MELAYU RASMI (‘BLUE-BLACK’) PSSCM, SAMPING DAN CAPAL PUTIH
- WANITA: BAJU KURUNG/KEBAYA RASMI (‘BLUE-BLACK’) PSSCM

3. BAYARAN:

- YURAN PENYERTAAN (TANPA PENGINAPAN) RM65:00 & GAMBAR RM15:00

4. JIKA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBETULAN, SILA SMS KE 019-3968616 ATAU EMAIL KE: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .

5. MEREKA YANG GAGAL BOLEH MENGAMBIL SEMULA UJIAN PADA SESSI 2010/2011.

 

 

 
Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden PESAKA Cetak

23 April 2010, Bukit Beruntung - Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden PESAKA telah diadakan bertempat di PSSCM Cawangan Selangor, Bukit Beruntung di sini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Muhammad Ali Bin Rustam, Presiden PESAKA merangkap Ketua Menteri Melaka . Seramai lebih 350 orang ahli Silat Cekak dari pusat dan kelas latihan Silat Cekak yang terdiri dari Kelas Latihan Ulu Yam, Bukit Beruntung, Rawang, Kuang, Serdang, Cheras, Selayang, Melaka termasuk ahli-ahli Silat Lincah Malaysia serta masyarakat setempat hadir dalam program tersebut. Turut hadir menyerikan majlis, Pengasas PSSLM Mahaguru Datuk Hj. Omar Din Bin Maujud, YBhg Hj. Megat Dzulkarnaian Bin Datuk Hj. Omar Din, Setiausaha Agung PESAKA, Naib Presiden PESAKA merangkap Ketua Penerangan PSSCM En. Rosman Bin Mat Deli, Exco PESAKA merangkap YDP PSCCM Cawangan Melaka En. Sham Bin Ghani, YDP PSSCM Selangor En. Zainol Bin Sharifudin dan Ketua Pusat Latihan PSSCM Bukit Beruntung En. Suhaimi Bin Yunan.


Program Ramah Mesra ini adalah kunjungan hormat Dato' Seri yang julung-julung sekali diadakan selepas beliau dilantik sebagai Presiden PESAKA pada 29 Disember 2009 yang lalu. Di dalam kesibukan kempen  suasana Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P094 pada 25 April 2010, YAB Dato' Seri sudi singgah merasmikan majlis tersebut. Tepat pada jam 10.45 malam, YAB Dato' Seri telah tiba di perkarangan Pusat Latihan Bukit Beruntung dan disambut dengan paluan kompang dan persembahan Silat Seni oleh pesilat Lincah.

Sebelum ucapan alu-aluan oleh YAB Dato' Seri, persembahan Seni Silat dari Silat Cekak dan Silat Lincah turut dipertontonkan. Ucap tama oleh Ketua Penerangan PSSCM diikuti oleh Setiausaha Agung PESAKA.

Semasa berucapan merasmikan majlis ramah mesra ini, YAB Dato' Seri menyeru orang Melayu khasnya warga silat bersatu memartabatkan ketuanan bangsa Melayu. Di dalam ucapannya juga, beliau telah menyentuh pelbagai isu semasa dan turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Melaka telah bersetuju membangunkan sebuah kompleks silat sedunia di negeri tersebut sebagai mercu tanda keagungan pahlawan Melayu bertepatan dengan negeri Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dan Bandaraya Warisan Dunia. Beliau sempat menjamu selera bersama-sama tetamu yang hadir. Majlis bersurai pada jam 1.00 pagi.

 
Kontinjen PSSCM Meriahkan Sambutan Maulidurrasul Cetak

26 Februari 2010, Putrajaya - Kontinjen PSSCM antara 110 kontinjen yang terdiri dari 7112 peserta menyertai perarakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di sini. Perarakan pagi ini bermula seawal jam 7.30 pagi dari Dataran Istana Kehakiman ke Masjid Putra sejauh 2.5 km.

Kontinjen PSSCM yang diketuai oleh En. Rosman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM terdiri dari seramai 100 orang ahli yang terdiri dari gabungan ahli-ahli dari kelas dan Pusat Latihan Bukit Beruntung, PL Cheras, PL Kuang, PL Serdang, KL Selayang, KL Sg. Besi, UIAM dan UniKL-BMI.

Video di sini ...

 
Perutusan Maulidur Rasul 1431 Cetak

Assalamualaikum wrt wbt.

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya serta izinNya, dan dengan syafaat Rasullullah swt, dan dengan berkat guru-guru kita serta dengan keramah dan hikmah kedua ibu bapa kita, maka dapat kita bersama-sama menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini 1431 Hijrah.

12 Rabiulawal adalah tarikh sejarah dan keramat bagi alam ini. Pada tarikh inilah lahirnya seorang insan utusan Allah swt sebagai petunjuk kepada umat manusia sekalian. Kelahirannya membawa cahaya yang menerangi alam ini serta membawa rahmat yang amat besar kepada alam ini.

Sempena hari Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita menghayati sejarah kehidupan dan perjuangan Rasullullah saw di dalam menegakkan agama Islam yang suci. Setelah kita menghayati maka ikutilah dan amalkanlah apa yang disampaikan oleh Rasul kita Nabi Muhammad saw. Rasullullah saw bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Guru-guru kita berpesan dan menyuruh kita agar perbanyakkan selawat kepada Rasullullah saw sebagai tanda memuliakan dan kasih kita kepada nabi kita Muhammad saw. Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah “Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah”, tidak lari dari moto yang saya war-warkan iaitu “Bersama Dan Bersatu”. Maka bersama-samalah kita menegaakkan dan memperjuangkan kehendak nabi kita Muhammad saw.

Sekian, Wassalam.

 

DATUK HJ MAIDEEN BIN KADIR SHAH
Pemangku Presiden & Guru Utama PSSCM
12 Rabiulawal 1431H

 
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Carian


Iklan

Budaya Cekak 2
Suara Cekak


CD dan VCD


Penafian

PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini

Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.

Mutiara Hikmah

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

"Bila anda tidak punya tujuan utama dalam hidup ini, maka anda pasti akan hanyut menuju kegagalan"

"Agama bukan sekadar fikiran ataupun perasaan mahupun perbuatan, tetapi adalah pengukapan hidup sebagai keseluruhan"