Pengumuman
Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.
Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL.
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.
Notis MAC SelangorMesyuarat Agong Cawangan Selangor. Tarikh : 7/3/2010 (Ahad) Jam 2.30 petang. Tempat : Pusat Latihan Kuang, Selangor Download Notis di sini
Takziah & Al-FatihahTakziah kepada Sdr. Jaafar Jonit di atas kembalinya mertua beliau Saodah Abd Rahman ke rahmatullah pada Sabtu 27/2/2010 jam 9.45mlm di Kg Parit Samion, Kota Dalam, Mukim Lapan, 86100 Air Hitam kerana stroke. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam 28/2/2010 jam 9.00 pagi. Al-Fatihah ...
Kalendar Cekak
<< March 2010 >>
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | | | | |
Aktiviti Semasa
Majlis Sambutan Maulidurrasul PSSCM
Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu) Masa : 7.00 - 11.30 malam Tempat : Rumah Persatuan, Jalan Kent, KL Anjuran : Jabatan Bina Insan PSSCM Penyertaan : Semua ahli dijemput hadir Pakaian : Baju Melayu / Kurung Pertanyaan: Tn. Hj. Mohd Fizol Saad
|
|
Melaka Juara SMD |
|
|
Alor Setar - Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri 2009 kali ke 11 (SMD) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) telah berlangsung dari 25-28 Jun 2009. Pada tahun ini negeri Kedah Darul Aman telah dipilih menjadi tuan rumah oleh pihak KBS. Sebanyak 10 Disiplin Persatuan / Pertubuhan sukan mempertahankan diri telah turut serta termasuk Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
PSSCM Cawangan Kedah telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan SMD 2009 yang di adakan di Darul Aman Suite.YDP En. Rosli bin Mansur telah dilantik sebagai Pengarah Program dan telah mendapat sambutan yang baik. Seramai 30 orang juri dari semua cawangan turut melibatkan diri. Seramai 120 orang pesilat dari 12 cawangan negeri telah menghantar kontinjen bagi menyertai SMD 2009.
Menurut komen Ketua Penerangan PSSCM selaku Pengerusi Pertandingan, En. Rosman bin Mat Deli, SMD 2009 menampakkan pengurangan kesalahan format demo yang dilakukan oleh peserta-peserta kejohanan. Ini menunjukkan keberkesanan Kursus Penerangan, Pengulasan & Demonstrasi PLBC kali ke-5 yang diadakan di setiap zon. Bersesuaian dengan kehendak YM Guru Utama, Tn. Hj Ishak bin Itam, agar demo yang dilakukan baik dalam pertandingan mahupun persembahan hendaklah mengikut format dan standard yang telah digariskan dan tidak di tokok tambah.
Sebanyak 5 kategori yang dipertandingkan pada SMD 2009. Kategori 1 – 3 telah berlangsung pada 26 Jun 2009 (Jumaat) bermula pada jam 4 – 7 petang. Manakala kategori ke 4 – 5 telah dijalankan pada 27 Jun 2009 ( Sabtu) pada jam 9 – 12.30 tghari.
Berikut merupakan jumlah pengumpulan pingat 5 Kategori yang dipertandingkan.
Jumlah keseluruhan : Melaka Naib Johan : Kuala Lumpur Ketiga : Kelantan
Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut :
| BIL |
KATEGORI |
PINGAT |
| |
|
EMAS |
PERAK |
GANGSA |
| 1 |
KATEGORI 1 |
MELAKA |
PAHANG |
KEDAH |
| 2 |
KATEGORI 2 |
PERAK |
MELAKA |
PAHANG |
| 3 |
KATEGORI 3 |
SELANGOR |
KUALA LUMPUR |
NEGERI SEMBILAN |
| 4 |
KATEGORI 4 |
KUALA LUMPUR |
NEGERI SEMBILAN |
KELANTAN |
| 5 |
KATEGORI 5 |
KELANTAN |
JOHOR |
NEGERI SEMBILAN |
|
|
Online
 Loading...
Penafian
PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini
Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.
|