Pengumuman
Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.
Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL.
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.
Notis MAC SelangorMesyuarat Agong Cawangan Selangor. Tarikh : 7/3/2010 (Ahad) Jam 2.30 petang. Tempat : Pusat Latihan Kuang, Selangor Download Notis di sini
Takziah & Al-FatihahTakziah kepada Sdr. Jaafar Jonit di atas kembalinya mertua beliau Saodah Abd Rahman ke rahmatullah pada Sabtu 27/2/2010 jam 9.45mlm di Kg Parit Samion, Kota Dalam, Mukim Lapan, 86100 Air Hitam kerana stroke. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam 28/2/2010 jam 9.00 pagi. Al-Fatihah ...
Kalendar Cekak
<< March 2010 >>
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | | | | |
Aktiviti Semasa
Majlis Sambutan Maulidurrasul PSSCM
Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu) Masa : 7.00 - 11.30 malam Tempat : Rumah Persatuan, Jalan Kent, KL Anjuran : Jabatan Bina Insan PSSCM Penyertaan : Semua ahli dijemput hadir Pakaian : Baju Melayu / Kurung Pertanyaan: Tn. Hj. Mohd Fizol Saad
|
|
Lahirnya Cekak kerana kesedaran bukan bermusuh sebagai tujuan untuk mendaulatkan seni kebangsaan mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli tidak bercampur hak luar negeri hendaklah belajar bersungguh hati untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah bagi mereka yang mendapat hidayah sungguhpun begitu hendaklah tabah InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya pengertian gerak pada batinnya hendaklah mahir seluruh anggota hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat sedikit belajar banyak yang dapat jika menderhaka menjadi mudarat semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat dikuat pula amalan syariat ditambah pula ilmu makrifat berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka besar jasanya kepada kita kalau menderhaka bahaya menimpa di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri menerima amanah Tuhan Rabbi supaya menjadi mukmin sejati demi menegak Islam yang suci.
Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).
|
|
Online
 Loading...
Penafian
PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini
Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.
|