Pengumuman
Keputusan USR 2009/2010Klik pada link di bawah untuk mendapatkan keputusan rasmi USR 2009/2010 Keputusan USR 2009/2010
Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.
Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL.
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.
Tanah PSSCM di Jalan JelatekPSSCM telah memenangi kes perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan tanah di Jalan Jelatek, KL.
Kalendar Cekak
<< July 2010 >>
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| | | | 1 | 2 | 3 | 4 |
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
Aktiviti Semasa
Majlis Sambutan Israk Mikraj Tarikh : 15 Julai 2010 (Khamis) Tempat : Surau Sekolah Setia Budi, Gombak Masa : 8.30 malam Semua ahli dijemput hadir
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010
Tarikh : 23-25 Julai 2010 Tempat : Ipoh, Perak Pertanyaan: Hubungi En. Rosman Mat Deli Format Kejohanan Di Sini (terkini)
|
Berita Cekak
|
PLBC 8 Gegar Dataran Remaja |
|
|
Bukit Jalil (5 Julai 2009) - Jabatan Penerangan PSSCM dengan kerjasama KBS sekali lagi telah bersama-sama menjayakan Program Latihan Bersepadu Cekak (PLBC) yang ke 8 yang di Dataran Remaja, Bukit Jalil. Seramai 106 orang ahli PSSCM yang hadir adalah dari kelas latihan serta IPTA/IPTS dari sekitar lembah klang; turut bersama ialah ahli-ahli dari cawangan Negeri Sembilan dan juga Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak. Setiap ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan untuk membuat satu format demonstrasi.
Sdr. Safaran Bin Ahmad; Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) dan AJK Pusat PSSCM, memberi komentar terhadap persembahan setiap kumpulan di samping memberikan ucapan penutup bagi program PLBC kali ke 8 ini.
Diharap ahli-ahli semua bersama-sama meramaikan program seperti ini di masa akan datang dan memberi komitmen yang lebih bagi meningkatkan kemahiran serta memperkenalkan Seni Silat Cekak melalui demonstrasi.

Artikel & Foto : S.Shahrulnizam Sheikh Ismail |
|
|
PLBC 7 Di Bukit Jalil |
|
|
Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Menyahut seruan kerajaan khasnya Kementerian Kebudayaan dan Sukan seramai lebih 150 ahli PSSCM Lembah Kelang telah bersama sama menjayakan Program Latihan Bersepadu Cekak (PLBC) yg ke 7 yang telah diadakan di Dataran Remaja, Bukit Jalil. Kehadiran Datuk Hj Maideen bin Kadeer Shah, selaku Naib Presiden PSSCM dalam ucapannya telah menyuntik semangat ahli-ahli untuk terus bersama di dalam persatuan.
|
|
|
|
|
|
|
Online
 Loading...
Penafian
PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini
Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.
|