promo

Pengumuman

Keputusan USR 2009/2010

Klik pada link di bawah untuk mendapatkan keputusan rasmi USR 2009/2010

Keputusan USR 2009/2010




Kewujudan Laman Komuniti

Pada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.




Kelas Demonstrasi PSSCM Pusat

Setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL. Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.




Tanah PSSCM di Jalan Jelatek

PSSCM telah memenangi kes perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan tanah di Jalan Jelatek, KL.

Kalendar Cekak

<<  July 2010  >>
 Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat  Sun 
     1  2  3  4
  5  6  7  8  9
12131415161718
1920212223
262728293031 

Aktiviti Semasa

Majlis Sambutan Israk Mikraj
Tarikh : 15 Julai 2010 (Khamis)
Tempat : Surau Sekolah Setia Budi, Gombak
Masa : 8.30 malam
Semua ahli dijemput hadir

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010

Tarikh : 23-25 Julai 2010
Tempat : Ipoh, Perak
Pertanyaan: Hubungi En. Rosman Mat Deli
Format Kejohanan Di Sini (terkini)

Maklum Balas

Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
PERUTUSAN GURU UTAMA & PEMANGKU PRESIDEN PSSCM Cetak

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Taufik dan hidayahNYA serta dengan syufaat dan berkat KekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maka di atas usaha jawatankuasa yang terlibat pihak PSSCM telah dapat menyalurkan maklumat terkini kepada ahli-ahli PSSCM dengan lebih berkesan melalui laman web rasmi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas Rahmat dan Kurnia Allah SWT kepada persatuan ini yang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar biasa PSSCM pada 31.10.2009 di De Palma Hotel , Jalan Ampang, Selangor. Dengan berkat bekerjasama bersama dan bersatu dari keseluruhan ahli-ahli  PSSCM khususnya dari Cawangan-cawangan negeri maka mesyuarat tersebut telah dapat dijalankan dengan lancar.

Sejarah PSSCM yang cemerlang dan gemilang seperti yang diasaskan oleh Al-marhom Ustaz Hanafi perlu diteruskan. Usaha untuk memartabatkan budaya Melayu khususnya Seni Silat dan progam pembangunan PSSCM seperti yang telah digerakkan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku penyambung amanah perlu terus disambung dan dilaksanakan sebaiknya untuk kebaikan generasi yang akan datang.

Kini teraju kepimpinan PSSCM telah disambung oleh saya, maka segala usaha guru-guru Silat Cekak sebelum ini akan diteruskan supaya amanah bangsa ini diperjuangkan bagi mencapai cita-cita seperti yang telah digariskan oleh pengasas Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad. Saya berdoa dengan Taufik dan Hidayah serta dengan syufaat serta berkat guru-guru kita dan karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita maka persatuan ini akan terus berjaya demi agama, bangsa dan Negara. 

Sekian, Wassalam.

 

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah
Guru Utama dan Pemangku Presiden
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
1430 Hijrah

 

Carian


Iklan

Budaya Cekak 2
Suara Cekak


CD dan VCD


Online

Get Moolets
LoadingLoading...

Penafian

PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini

Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.

Mutiara Hikmah

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

"Bila anda tidak punya tujuan utama dalam hidup ini, maka anda pasti akan hanyut menuju kegagalan"

"Agama bukan sekadar fikiran ataupun perasaan mahupun perbuatan, tetapi adalah pengukapan hidup sebagai keseluruhan"