Pengumuman
Salam Aidil Fitri 1431HPSSCM memberi peluang kepada ahli untuk menyampaikan salam Aidil Fitri di laman web ini. Sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Fitri 1431H anda di sini... Salam Aidil Fitri 1431H
Selamat Berpuasa Di Bulan RamadhanPSSCM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.
Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL.
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.
Tanah PSSCM di Jalan JelatekPSSCM telah memenangi kes perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan tanah di Jalan Jelatek, KL.
Kalendar Cekak
<< June 2010 >>
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | | | | |
Aktiviti Semasa
Sambutan Nuzul Quran PSSCM Peringkat Lembah Kelang Tarikh : 26 Ogos 2010 ( Khamis) Tempat : Surau Sek. Rendah Setia Budi, Gombak Aturcara Keterangan lanjut hubungi Tn. Hj. Fizol (019-2656853)
Karnival Wajadiri IPT Ke-4 Tarikh : 18-19/12/2010 Tempat : UPSI, Tg. Malim,, Perak Format Pertandingan Pertanyaan: Hubungi En. Rosman Mat Deli
|
|
PERUTUSAN GURU UTAMA & PEMANGKU PRESIDEN PSSCM |
|
|
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Taufik dan hidayahNYA serta dengan syufaat dan berkat KekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maka di atas usaha jawatankuasa yang terlibat pihak PSSCM telah dapat menyalurkan maklumat terkini kepada ahli-ahli PSSCM dengan lebih berkesan melalui laman web rasmi ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas Rahmat dan Kurnia Allah SWT kepada persatuan ini yang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar biasa PSSCM pada 31.10.2009 di De Palma Hotel , Jalan Ampang, Selangor. Dengan berkat bekerjasama bersama dan bersatu dari keseluruhan ahli-ahli PSSCM khususnya dari Cawangan-cawangan negeri maka mesyuarat tersebut telah dapat dijalankan dengan lancar.
Sejarah PSSCM yang cemerlang dan gemilang seperti yang diasaskan oleh Al-marhom Ustaz Hanafi perlu diteruskan. Usaha untuk memartabatkan budaya Melayu khususnya Seni Silat dan progam pembangunan PSSCM seperti yang telah digerakkan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku penyambung amanah perlu terus disambung dan dilaksanakan sebaiknya untuk kebaikan generasi yang akan datang.
Kini teraju kepimpinan PSSCM telah disambung oleh saya, maka segala usaha guru-guru Silat Cekak sebelum ini akan diteruskan supaya amanah bangsa ini diperjuangkan bagi mencapai cita-cita seperti yang telah digariskan oleh pengasas Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad. Saya berdoa dengan Taufik dan Hidayah serta dengan syufaat serta berkat guru-guru kita dan karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita maka persatuan ini akan terus berjaya demi agama, bangsa dan Negara.
Sekian, Wassalam.
Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah Guru Utama dan Pemangku Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 1430 Hijrah
|
|
Penafian
PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini
Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.
|