Pengumuman
Salam Aidil Fitri 1431HPSSCM memberi peluang kepada ahli untuk menyampaikan salam Aidil Fitri di laman web ini. Sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Fitri 1431H anda di sini... Salam Aidil Fitri 1431H
Selamat Berpuasa Di Bulan RamadhanPSSCM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.
Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL.
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.
Tanah PSSCM di Jalan JelatekPSSCM telah memenangi kes perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan tanah di Jalan Jelatek, KL.
Kalendar Cekak
<< June 2010 >>
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | | | | |
Aktiviti Semasa
Sambutan Nuzul Quran PSSCM Peringkat Lembah Kelang Tarikh : 26 Ogos 2010 ( Khamis) Tempat : Surau Sek. Rendah Setia Budi, Gombak Aturcara Keterangan lanjut hubungi Tn. Hj. Fizol (019-2656853)
Karnival Wajadiri IPT Ke-4 Tarikh : 18-19/12/2010 Tempat : UPSI, Tg. Malim,, Perak Format Pertandingan Pertanyaan: Hubungi En. Rosman Mat Deli
|
|
|
Asal-Usul Silat Cekak Malaysia
Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.
Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.
Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun: "Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".
Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.
Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun. Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.
Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia.
|
|
Penafian
PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini
Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.
|