Pengumuman
Keputusan USR 2009/2010Klik pada link di bawah untuk mendapatkan keputusan rasmi USR 2009/2010 Keputusan USR 2009/2010
Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.
Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL.
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.
Tanah PSSCM di Jalan JelatekPSSCM telah memenangi kes perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan tanah di Jalan Jelatek, KL.
Kalendar Cekak
<< July 2010 >>
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| | | | 1 | 2 | 3 | 4 |
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
Aktiviti Semasa
Majlis Sambutan Israk Mikraj Tarikh : 15 Julai 2010 (Khamis) Tempat : Surau Sekolah Setia Budi, Gombak Masa : 8.30 malam Semua ahli dijemput hadir
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010
Tarikh : 23-25 Julai 2010 Tempat : Ipoh, Perak Pertanyaan: Hubungi En. Rosman Mat Deli Format Kejohanan Di Sini (terkini)
|
|
|
Pelajaran Seni Silat Cekak Malaysia Pelajaran Silat Cekak Malaysia mempunyai satu sistem yang unik berbanding dengan seni beladiri yang lain Pelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian:
a. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda). b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih bergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.
c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi.
Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah: - Buah Pertama
- Buah Keputusan Gayung Fatani
- Buah Keputusan Sendeng Atas
- Buah Kilas Belakang
- Buah Kilas Hadapan
- Buah Kidong Kiri
- Buah Kuntau Jatuh
- Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
- Buah Kuntau Kanan Gantung
- Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
- Buah Ali Patah Atas
- Buah Ali Patah Sudah
- Buah Selendang
- Buah Gari & Gari Gunting
- Buah Paras
- Buah Keputusan Pasung Kemanga
- Buah Keputusan Terlak
- Buah Keputusan Lintau
- Buah Hempok
- Buah Luncur
- Buah Siku Potong
| | d. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu. Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah yang tersebut, buah itu tak terdaya mernakan atau menangkap Seni Silat Cekak; bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yang tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi:
PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI
e. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdaya melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat. f. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri dan juga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerang sambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan yang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap.
g. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidak menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorak kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga; tidak mengguna dua pisau.
h. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa serangan yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepada dirinya.
|
|
Online
 Loading...
Penafian
PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini
Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.
|