Gombak, 17 Oktober 2009 – Seramai lebih 700 orang ahli PSSCM menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H Peringkat Lembah Kelang anjuran PSSCM Pusat yang diadakan bertempat di Sekolah Taman Ilmu Dan Budi (Setia Budi) Gombak bermula jam 8.00 malam. Selain dari ahli-ahli dari kelas-kelas latihan sekitar Lembah Kelang, majlis ini turut dihadiri oleh pemimpin dan ahli-ahli dari cawangan PSSCM seluruh Malaysia.
Majlis sambutan ini bermula dengan ucapan oleh Pengerusi Program, Sdr Mohd Fizol Saad dan diikuti dengan ucapan dan penerangan isu-isu semasa PSSCM oleh Ketua Penerangan, En. Rosman Mat Deli dan diikuti oleh Penolong Setiausaha Agong 1 PSSCM, En. Mohd Hafiz Bin Jamil. Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah, Naib Presiden PSSCM kemudiannya menyampaikan ucapan sebaik sahaja hadirin selesai menjamah juadah yang dihidangkan. Majlis berakhir jam 11.30 malam.