13 Julai 2012, Kuala Lumpur – PSSCM sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila telah diaudit dan dinilai oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu sesi Program Penilaian Tadbir Urus Badan Sukan Peringkat Kebangsaan oleh kedua-dua badan tersebut.
Penilaian yang diadakan di Ibu Pejabat PSSCM di Jalan Kent di sini diadakan bermula jam 10.00 pagi. Pegawai-pegawai penilai adalah terdiri dari Pn. Sariah Shafie, Pn. Junaine Mohamad dan Pn. Khalidah Bohari dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan serta En. Muhammad Hasni Bin Abdul Aziz dari Majlis Sukan Negara.
PSSCM diketuai oleh Naib Presiden, En. Roslin Bin Ali Omar, Setiausaha Agong, En. Mohammad Hafiz Bin Jamil, Bendahari Agong, En. Suradi Abdul Rahman, Ketua Penerangan, En. Rosman Bin Mat Deli, Penolong Setiausaha Agong, En. Khaharuddin Abdul Rahman, AJK Pusat, Tn. Hj. Mohd Fizol Saad dan Tn. Hj. Rosli Abd Rahim serta Penasihat Undang-undang, En. Riza Makhzan Bin Arifin. Turut terlibat adalah dua orang pegawai kerja PSSCM, En. Jaafar Jonit dan En. Roslim Abdullah.
Skop penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada urus tadbir dalaman PSSCM seperti urusan keahlian, pelaksanaan mesyuarat, penyimpanan fail, urusan kewangan, inventori dan sebagainya.
Menurut Setiausaha Agong PSSCM, program ini adalah amat penting kerana ianya telah menyumbang kepada sejarah perkembangan PSSCM di negara ini.