Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 55, 2012 telah dikelolakan oleh Jabatan Perdana Menteri dan PSSCM telah diberi penghormatan untuk menyertai program tersebut. Pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan telah mengadakan mesyuarat pada 11hb Julai 2012, (turut hadir KP PSSCM En. Rosman bin Mat Deli dan Sdr. Roslim bin Abdullah) meminta Persatuan Seni Mempertahankan Diri termasuk Silat, Silambam dan Wushu, terlibat menjayakan program tersebut. Persembahan Seni Beladiri seramai 1,000 orang dan PSSCM memerlukan seramai 200 orang yang komited menyertai latihan rehearsal sebanyak 9 kali di Kelas Latihan Jalan Kent dan latihan bersepadu dan raptai penuh sebanyak 6 kali samada di Dataran Merdeka dan di Stadium Bukit Jalil.

Dijangkakan seramai 70,000 penonton (kumpulan sokongan) akan hadir memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam tersebut. Pelbagai acara diadakan semasa sambutan kemerdekaan pada 31hb Ogos 2012 iaitu pada waktu pagi diadakan acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran merdeka, manakala pada waktu malam diadakan Perhimpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil. Konsep Sambutan Kemerdekaan mempunyai berbagai persembahan melibatkan seramai 19,200 peserta iaitu :

  1. Persembahan Gen-Y – 2,000 peserta
  2. Penyerahan Sijil Pengiktirafan Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada Tokoh Negara dari 9 bidang yang disenaraikan oleh Malaysia Book Of Records
  3. segmen 1: Generasi Pemimpin Masa Hadapan – 6,000 peserta
  4. segmen 2: Kesatuan Dalam Kepelbagaian – 4,000 peserta
  5. segmen 3: Gegar Merdeka/Pertunjukan daripada ATM, PDRM dan APMM – 6,200 peserta
  6. segmen 4: 1 Malaysia – Janji Ditepati – 1,000 peserta
  7. Persembahan Penutup: Melibatkan Artis Popular Tanah Air
  8. Persembahan Bunga Api
  9. Majlis bersurai

JADUAL LATIHAN TETAP

TARIKH / HARI

MASA

TEMPAT

PERKARA

18072012, Rabu

9.00 pm

KL Jln Kent

Latihan

22072012, Ahad

9.30 pm

KL Jln Kent

Latihan

28072012, Sabtu

9.30 pm

KL Jln Kent

Latihan

29072012, Ahad

9.30 pm

KL Jln Kent

Latihan

04082012, Sabtu

9.30 pm

KL Jln Kent

Latihan

05082012, Ahad

9.30 pm

KL Jln Kent

Latihan

11082012, Sabtu

9.30 pm

KL Jln Kent

Latihan

25082012, Sabtu

6.00 pm – 11.00 pm

Dataran Merdeka

Latihan Bersepadu

26082012, Ahad

6.00 pm – 11.00 pm

Stadium nasional

Latihan Bersepadu

27082012, Isnin

6.00 pm – 11.00 pm

Stadium Nasional

Raptai 1

28082012, Selasa

6.00 pm – 11.00 pm

Stadium Nasional

Raptai 2

29082012, Rabu

6.00 pm – 11.00 pm

Stadium Nasional

Raptai Penuh

31082012, Jumaat

6.00 pm – 11.00 pm

Stadium Nasional

Persembahan Khas Merdeka 55

Latihan tersebut akan dikendalikan oleh Sdr. Roslim bin Abdullah, Sdr. Zainol bin Saifuddin dan dibantu oleh Komander-Komander yang akan dilantik kemudian.

Diharapkan semua ahli-ahli PSSCM dapat bekerjasama dan bersama-samalah kita mendaulatkan Silat Cekak melalui program ini.

Sumber dari : JP PSSCM