Klik di sini untuk ucapan penuh

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 56 pada tahun ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama bersatupadu berjuang mengekalkan makna kemerdekaan yang kita menikmati sekarang ini dan perlukan keazaman kita.  Menanamkan semangat kemerdekaan melalui cara  pemikiran minda kelas pertama dengan berkerjasama mengikut hasrat pemimpin negara yang banyak berjasa.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berasa bersyukur dengan keunikan pelbagai amalan budaya yang telah berjaya menyatupadukan  rakyat yang berbilang kaum sekali gus mengekalkan kedaulatan dan keamanan negara Malaysia yang kita cintai. Pihak Kerajaan telah mengiktiraf silat, sebagai barisan benteng pertahanan negara yang ketiga.

Budaya Silat telah terbukti dapat melahirkan masyarakat unggul, berakhlak dan berhati mulia, berbudi pekerti yang tinggi, berjiwa patriotik dan sanggup mempertahankan nyawa demi agama, bangsa dan Negara.

Lahir nya Cekak Kerana Kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan

MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA

 

DATUK HAJI MAIDEEN KADIR SHAH
Guru Utama & Presiden
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia