Saya dan PSSCM turut merasa megah dan bangga meraikan Sambutan Hari Malaysia yang ke 50 pada 16 September 2013 ini.

Para pemimpin negara telah berjasa menyatukan pelbagai kaum dan budaya di negara ini di mana rakyat dapat hidup  aman, makmur dan sejahtera. Hakikatnya semangat bekerjasama di kalangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum membawa makna dan pengertian mendalam bahawa ia lahir dari ketinggian akhlak dan pekerti sehingga rakyat boleh bersama dan bersatu berkongsi kemajuan dan kemuliaan dari kekayaan negara.

Budaya telah terbukti dapat melahirkan masyarakat yg berbudi pekerti mulia dan bersatu padu maka budaya ilmu silat adalah satu pendekatan di negara ini yang mampu melahirkan masyarakat yang diperlukan untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara.

Selamat Hari Malaysia

 

DATUK HAJI MAIDEEN KADIR SHAH
Guru Utama & Presiden
Persatuan Seni SIlat Cekak Malaysia
16 September 2013