18 Mei 2014, Kuala Lumpur – PSSCM telah berjaya melaksanakan program Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2014 ini dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 18 pasukan telah menyertainya termasuk kelas-kelas di peringkat Lembah Klang. Program sehari ini telah berlangsung du Kompleks Sukan Kampung Pandan, jam 9.00 am.
Dewan pertandingan riuh rendah apabila penyokong bersorak memberikan sokongan kepada peserta. Seramai hampir 500 orang telah hadir ke program tersebut termasuk JKP PSSCM dan para juri dari PSSCM Negeri Sembilan dan Melaka.
Sebanyak 4 kategori dipertandingkan dan pasukan yg telah memenangi pertandingan tersebut adalah seperti berikut
1. Juara Keseluruhan – Kelas Latihan Ulu Yam
2. Naib Juara Keseluruhan – Kelas Latihan Jalan Kent
3. Ketiga Juara Keseluruhan – Kelas Latihan UITM P.Alam /P.Perdana
4. Keempat Juara Keseluruhan – Kelas Latihan Politeknik Behrang
5. Kelima Juara Keseluruhan – Pusat Latihan Bukit Beruntung
Program turut disulam dengan persembahan demo dari kumpulan wanita,anak-anak dari Sekolah Jalinan Kasih, silat seni oleh Sdr Sazarin,Azim & Naim.
Atas sambutan yang amat menggalakkan kemungkinan program ini akan diadakan pada setiap tahun.
Tahniah kepada semua pasukan yang menang dan menyertai Kejohanan ini.
Program selesai jam 7.00 pm.
Artikel & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM