2 September 2020, Kuala Lumpur – Mesyuarat Jawatankuasa Khas dan Pemeteraian Perjanjian Geran Projek Rintis Inisiatif Bersepadu Menangani Masalah Penagihan Dadah, Bahan Dan Perlencongan Sosial Negeri Wilayah Persekutuan, Bil 2/2020 Agensi Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat Putra, Menara DBKL, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Santhara J.P. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Mesyuarat ini melibatkan perwakilan dari pertubuhan dan persatuan yang dipilih sendiri oleh pihak AADK, PSSCM telah diwakili sendiri oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Setiausaha Agung, Tn. Haji Mohd Hafiz bin Jamil dan En. Roslim Bin Abdullah, Pegawai Persatuan.
Semoga kolaborasi ini akan dapat diteruskan dalam memastikan masalah pelencongan sosial, dadah dan substans dapat diatasi seterusnya menjamin kesejahteraan masyarakat Silat Benteng Pertahanan Negara Ke-3!