21 Feb 2010, Kuala Lumpur – Program tersebut dianjurkan bersama PSSCM UIAM Gombak dan Jabatan Penerangan PSSCM. Ia mendapat sambutan diluar jangkaan dengan kehadiran ahli melebihi 600 orang. Program yang berlangsung di Female Sport Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Peserta terdiri dari AJK Pusat dan Ahli LPT serta ahli-ahli PSSCM IPT seluruh Negara, Pusat Latihan/Kelas Latihan Silat Cekak Lembah Klang termasuk YDP-YDP dan ahli-ahli PSSCM dari Cawangan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Seberang Prai. Pulau Pinang dan Perak. Program ini dimulai dengan pembarisan kehormat dan persembahan Silat Seni.
Aturcara dimulakan dengan persembahan Kaedah ABCD dan Senaman Cekak. Selepas bacaan doa, Ucaptama disampaikan oleh YDP PSSCM UIAM Gombak, Encik Nur Aiman bin Sukindar. Kemudian ucapan dari Ketua Penerangan PSSCM Encik Rosman bin Mat Deli dan seterusnya Ucapan Perasmian oleh YM Guru Utama PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Diantara kandungan ucapan YM Guru Utama, beliau menyeru semua ahli-ahli PSSCM bersatu bagi memartabatkan Silat Cekak. Justeru itu, semua peserta telah melafaz ikrar “Bersama, Bersatu”.
Disusuli dengan persembahan Demo Khas dari Kelas-kelas Latihan Silat Cekak Lembah Klang yang diadakan serentak. Secara tidak langsung menaikkan semangat mereka yang hadir termasuklah ahli-ahli veteran PSSCM seperti, Pak Su Man, Pak Long Mat, Abang John, Aziz Penang, Abang Harun Penang dan Karim Said juga turut serta mengambil bahagian dalam persembahan Adegan Senaman Lading dan Sepasang Lading yang di ketuai oleh Pengerusi Persilatan PSSCM, Encik Safaran bin Hj Ahmad.
Dalam sesi Latihan Bersama Guru, YM Guru Utama telah turut serta berlatih bersama ahli-ahli PSSCM. Dengan secara tidak langsung hubungan antara guru dan murid lebih bermakna. YM Guru Utama juga telah membuat persembahan Dua Tongkat, Tongkat Panjang, Buah Jatuh dan Sepasang Lading.
Sebelum program berakhir YM Guru Utama telah mengajak ahli-ahli PSSCM agar merenung kembali pengorbanan Pengasas Agung PSSCM, Al-marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam sebagai iktibar panduan hidup.
Kesemua ahli-ahli PSSCM yang hadir berasa amat beruntung dan berbangga kerana dapat turut serta. Ada di antara mereka mencadangkan kepada Jabatan Penerangan supaya program ini diadakan di setiap zon.