Assalamualaikum wrt wbt.
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya serta izinNya, dan dengan syafaat Rasullullah swt, dan dengan berkat guru-guru kita serta dengan keramah dan hikmah kedua ibu bapa kita, maka dapat kita bersama-sama menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini 1431 Hijrah.
12 Rabiulawal adalah tarikh sejarah dan keramat bagi alam ini. Pada tarikh inilah lahirnya seorang insan utusan Allah swt sebagai petunjuk kepada umat manusia sekalian. Kelahirannya membawa cahaya yang menerangi alam ini serta membawa rahmat yang amat besar kepada alam ini.
Sempena hari Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita menghayati sejarah kehidupan dan perjuangan Rasullullah saw di dalam menegakkan agama Islam yang suci. Setelah kita menghayati maka ikutilah dan amalkanlah apa yang disampaikan oleh Rasul kita Nabi Muhammad saw. Rasullullah saw bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Guru-guru kita berpesan dan menyuruh kita agar perbanyakkan selawat kepada Rasullullah saw sebagai tanda memuliakan dan kasih kita kepada nabi kita Muhammad saw. Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah “Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah”, tidak lari dari moto yang saya war-warkan iaitu “Bersama Dan Bersatu”. Maka bersama-samalah kita menegaakkan dan memperjuangkan kehendak nabi kita Muhammad saw.
Sekian, Wassalam.
DATUK HJ MAIDEEN BIN KADIR SHAH
Pemangku Presiden & Guru Utama PSSCM
12 Rabiulawal 1431H