Klik pada gambar untuk tontonan video
“ Kami seluruh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ingin bersama-sama berkongsi penderitaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin dalam memerdekakan negara. Saya juga ingin ingatkan bahawa kita negara yang telah dijajah 450 tahun dan kita baru merdeka 55 tahun. Palestin adalah satu negara yang baru dijajah 65 tahun jadi kita telah melalui proses itu lebih lama dari mereka jadi kami semua berdoa supaya rakyat Palestin sentiasa bersatu dan beriman demi untuk mengembalikan kemerdekaan negara. Jadi pada hari ini kami dengan rasa sukacita dan rendah diri dan kami tidak dapat bersama untuk menjaga keamanan di Palestin tapi kami menyumbangkan sebanyak sepuluh ribu ringgit daripada seluruh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sebagai sumbangan ikhlas kami untuk membantu meringankan beban untuk membantu rakyat Palestin”.