22 Oktober 2011, Gombak – Program Istiadat Majlis Konvokesyen PSSCM Peringkat Zon Tengah pada kali ini diteruskan pada sebelah petangnya dengan Forum Perdana. Program ini dimulakan dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh En. Roslin Bin Ali Omar, Naib Presiden (I) PSSCM.
Forum Perdana ini melibatkan tiga orang ahli panel yang merupakan ahli lama PSSCM dalam latar belakang kerjaya yang berbeza. Forum yang bertajuk ’Budaya Mentransformasi Kecemerlangan Insaniah’ ini membariskan ahli panel yang terdiri dari Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Majid Bin Ismail, En. Yusof Bin Husain dan Dr Roziah Binti Abdullah serta En Shahrem Bin Md Ramli sebagai Moderator.
Sesuai dangan tajuk forum tersebut setiap ahli panel membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perubahan atau tranformasi bemula dari awal perkenalan mereka dengan Seni Silat Cekak sehingga sekarang. Ahli-ahli panel juga diuji dengan pelbagai soalan-soalan yang mencabar oleh moderator mengenai isu-isu semasa serta hubungkait kerjaya masing-masing terhadap Seni Silat Cekak serta cara mereka mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Di majlis penutup, YM Guru Utama PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah meluahkan rasa bangga kerana melalui Forum ini peserta dapat mendengar sendiri daripada ahli-ahli panel yang berlainan kerjaya berkongsi pengalaman masing-masing . Beliau menambah lagi mungkin peserta forum tidak pernah terfikir bahawa mereka pasti akan dan sedang melalui proses transformasi sebelum dan selepas mereka mempelajari Seni Silat Cekak ini.
Ahli-ahli penel yang terdiri dari para cendikiawan bercakap dengan kepercayaan dan keyakinan akan ilmu yang mereka pelajari berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka selama bersama dari Seni Silat Cekak ini. Inilah konsep Bersama dan Bersatu yang dicanang oleh YM Guru Utama. Sebelum bersurai, majlis diakiri dengan bacaan selawat badariah oleh sekalian peserta forum.
Wartawan : S.Shahrulnizam Sheikh Ismail