22 Mac 2013, Kuala Lumpur – Pesaka telah mengadakan pertemuan tersebut dengan PesuruhJaya Sukan Dato’ Mohd Yasin b. Mohd Salleh dan Hajjah Sariah bt. Hj. Shafie Ketua Penolong PJS di Pejabat PJS, Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil jam 3.30 petang.
Rombongan Pesaka terdiri daripada YBhg En.Rosman Mat Deli Naib Presiden,YBhg Datuk Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Datuk Wira Omar Din Setiausaha Agung Pesaka merangkap Presiden PSSLM, YBhg En AB Raub Abdullah Ketua Penerangan Pesaka,YBhg Zaini Marzuki Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan & Perundangan Pesaka merangkap Pengerusi Jabatan Perundangan PSSCM,YBhg Mohd Shaffie Omar Setiausaha Eksekutif Pesaka, Wakil PSSCM YBhg Roslin Ali Omar Naib Presiden PSSCM, YBhg Mohd Hafiz Jamil Setiausaha Agung PSSCM dan YBhg Riza Mahzan Penasihat Undang-undang PSSCM.
Pesaka mengadakan pertemuan tersebut berdasarkan,surat yang dikeluarkan oleh PJS kepada 162 pertubuhan berkaitan isu permindahan semula ke Pendaftar Pertubuhan( ROS).Banyak isu telah di perbincangkan bagi memudahkan urusan tersebut.Akhir nya pertemuan tersebut telah membantu memperjelaskan kedudukan sebenar dan tindakan yang diperlukan oleh Pertubuhan Silat yang akan mendaftar semula ke Ros.
Sekalong penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak PJS yang telah menjalankan tanggungjawab yang efisen dan berkesan bagi membangunkan semua pertubuhan sukan.
Kunjung hormat tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.
Berita & Gambar : Jabatan Penerangan PSSCM