1 September 2013, UIAM Gombak – Kursus Pentadbiran PSSCM IPT Kebangsaan 2013 pada kali ini diadakan di Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dari 30 Ogos 2013 hingga 1 September 2013.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato’Sri Dr Zaleha Bt Kamaruddin, Rektor UIA Malaysia pada 31 Ogos 2013. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah YM Datuk Hj Maideen Guru Utama & Presiden PSSCM, Timbalan Reaktor UIAM, Prof. Datuk Dr Mizan Hitam, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM serta kakitangan dan pegawai kanan UIAM.
Seramai 200 orang peserta dari 35 buah IPT turut bersama selama 3 hari bagi mengikuti kursus tersebut.
Kursus Pentadbiran PSSCM IPT Kebangsaan ini telah bermula semenjak tahun 2010 sehingga ke hari ini. Ianya adalah bertujuan bagi memberi pendedahan pentadbiran dan perkembangan semasa PSSCM khususnya kepada para pentadbir PSSCM di IPT. Objektif program untuk melahirkan mahasiswa ahli PSSCM yang seimbang dari segi akademik dan pentadbiran di samping meningkatkan kemahiran kepimpinan organisasi di kalangan mereka.
Ucapan tahniah kepada semua barisan jawatankuasa penganjur yang terlibat dan peserta yang menjayakan program ini.
Semoga kita di berkati oleh Allah s.w.t.
Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM