10 Julai 2011, Kuala Lumpur – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat PSSCM sesi 2011-2014 telah berlangsung di Ibu Pejabat PSSCM, Jalan Kent di sini. Mesyuarat khas ini bertujuan bagi melantik ahli jawatankuasa pusat PSSCM selain dari jawatankuasa yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agong Perwakilan PSSCM ke 39 yang berlangsung pada 25 Jun 2011 yang lalu telah dipengerusikan oleh YM Presiden & Guru Utama PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah.
Senarai Jawatankuasa Pusat PSSCM yang telah dilantik dalam MAP ke-39 mengikut Fasal 5 Perlembagaan PSSCM adalah;
i. Presiden Datuk Haji Maideen Bin. Kadir Shah
ii. Naib Presiden Roslin b. Ali Omar
iii. Naib Presiden Prof Madya Dr. Hj Ab. Majid Bin Ismail
iv. Ahli Jawatankuasa 1 Safaran Bin Ahmad
v. Ahli Jawatankuasa 2 Haji Mohd. Fizol Bin Mohd Saad
vi. Ahli Jawatankuasa 3 Mohd Zaini Bin Marzuki
vii. Ahli Jawatankuasa 4 Faizal Bin Mohd Yusof
viii. Ahli Jawatankuasa 5 Sazarin Bin Sardomo
ix. Ahli Jawatankuasa 6 Mohamad Fadillah Bin Muhammad Ares
Dalam mesyuarat ini YM Presiden mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat mengikut Fasal 11.7, iaitu lantikan Presiden seperti berikut ;
i. Setiausaha Agung Mohd Hafiz Bin Jamil
ii. Bendahari Agung Suradi Bin Abd Rahman
iii. Ketua Penerangan Rosman Bin Mat Deli
iv. Ahli Jawatankuasa 7 Zainol Bin Saifudin
v. Ahli Jawatankuasa 8 Sharudin Bin Md Yasin
Manakala ahli Jawatankuasa yang dilantik menurut Fasal 11.7, 11.8 dan 11.9 pula adalah seperti berikut;
i. Penolong Setiausaha Agung 1 Khaharudin Bin Abd Rahman
ii. Penolong Setiausaha Agung 2 Shahrem Bin Md. Ramli
iii. Penolong Bendahari Agung Wan Mohd Adzhar Bin Mohd Salim
iv. Penolong Ketua Penerangan Rustam Bin Hamzah
Seramai tiga orang jawatankuasa pula dilantik oleh Jawatankuasa Pusat menurut seperti Fasal 11.11 Perlembagaan PSSCM;
i. Ahli Jawatankuasa 9 Haji Rosli Bin Abd Rahim
ii. Ahli Jawatankuasa 10 Mohd. Fuad Bin Arshad
iii. Ahli Jawatankuasa 11 Haji Kassim Bin Husin
Selain dari Jawatankuasa Pusat, tiga nama dilantik dalam MAP ke-39 seperti di bawah;
i. Penasihat Undang-Undang Riza Makhzan Bin Ariffin
ii. Juruodit 1 Isma Amri Bin Abd Manan
iii. Juruodit 2 Malik Rizal Bin Hizat