17 September 2011, Bandar Seri Begawan, Brunei – Naib Presiden II PSSCM, Prof.Madya Ar. Dr. Abdul Majid Ismail telah membentangkan satu makalah berjudul “Terpinggirnya Adab dan Adat dalam Kehidupan Bangsa di Malaysia, Pengalaman Pengamal Budaya Persilatan Seni Silat Cekak Malaysia” dalam Kongres Antarabangsa Bahasa dan Budaya sempena Perayaan Jubli Emas DBP Brunei Darussalam. Kongres yang bertemakan “Budaya Dilestari Bahasa Diperkasa” itu berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam dari 17-18 September 2011.
Hasil pembentangan ini, salah satu resolusi Kongres telah menerapkan bahawa silat Melayu perlu sebagai salah satu wasilah dalam mendidik anak bangsa mengekalkan adab dan adat ketimuran untuk mengekang pengaruh negatif dunia tanpa sempadan.