26 Mac 2012, Kuala Lumpur – Setiausaha Agong (SUA) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Sdr. Mohd Hafiz Bin Jamil dalam satu kenyataan hari ini telah mengeluarkan satu notis Mesyuarat Agong Perwakilan Luar Biasa (MAP LB) PSSCM.
Notis MAP LB PSSCM itu adalah berhubung pembelian hartanah PSSCM di Kuala Lumpur. Perwakilan bagi MAP LB ini adalah terdiri dari perwakilan Mesyuarat Agong Perwakilan (MAP) PSSCM kali ke-39 yang diadakan di Dewan Besar UTM International Campus, Kuala Lumpur pada 25 Jun 2011 yang lalu.
Notis kenyataan penuh MAP LB PSSCM ini serta senarai perwakilan boleh didownload di https://www.silatcekak.org.my/download/notis-maplb-26mac2012.pdf .