02 Mac 2013, Kuala Lumpur – Seramai 92 orang ahli PSSCM telah terlibat menjayakan demonstrasi yang diadakan di Istana Negara lama. Skuad demo terdiri daripada semua kelas latihan di Lembah Klang termasuk dari IPT. Ini merupakan persembahan yang paling ramai jumlah peserta demo. Namun atas semangat yang tinggi, mereka telah mempamerkan persembahan yang baik.

PSSCM telah diberikan slot persembahan sebanyak 2 kali iaitu pada jam 11.00 am & 12.30 tengahari.

Turut hadir, Sdr Rosman Mat Deli KP PSSCM,Sdr Rostam Penolong Ketua Penerangan PSSCM, Sdr Roslim Abdullah Pengerusi Pertunjukkan JP PSSCM,Sdr Taqiuddin Mohd Yusoff, Setiausaha JP PSSCM, Sdr Tarmizi, JK JP PSSCM dan para penyokong PSSCM.

Turut sama menjayakan persembahan dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Ucapan tahniah kepada semua yang terlibat termasuk para penyokong PSSCM yang telah menunjukkan komitmen yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PSSCM.

Semoga Alah s.w.t. memberkati kita di dalam usaha memartabatkan budaya bangsa kita. Program selesai jam 2.00 petang. Tahniah semua.

 

Galleri foto di sini

 

Berita & Gambar : Jabatan Penerangan PSSCM