06 Feb 2014, UIAM Gombak – YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj Maideen telah hadir bersama dengan Sdr Mohd Hafiz Jamil Setiausaha Agung PSSCM, Ustaz Kaharuddin Abd Rahman, Penolong Setiausaha Agung, Sdr Faizal Mohd Yusuff, Pengerusi Jabatan Pendidikan, Sdr Mohd Fuad Arshad, Penolong Pengerusi Jab Pendidikan, Sdr Rosman Mat Deli, Ketua Penerangan merangkap Setiuasaha Eksekutif PSSCM dan Sdr Aminuddin Abdul Rashid YDP PSSCM UIAM Gombak.
Rombongan PSSCM telah disambut oleh YBhg Prof Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor UIAM, YBhg Dr Noor Azlan Mohd Noor, Director of Student Affairs dan Dr Amnah Bahari, Director of Co-curricular Activity Department.
PSSCM telah membentang cadangan menjadikan PSSCM sebagai Ko-kurikulum Berkredit di UIAM. Secara asas pihak pentadbiran UIAM bersetuju menerima cadangan PSSCM dan akan diadakan sesi perbincangan dari aspek teknikal.
Ucapan terima kasih kepada pihak UIAM atas keprihatinan mereka khas nya YBhg Prof Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin Rektor UIAM menerima cadangan PSSCM.
Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha kita.
Artikel & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM