24 Mac 2013, Putrajaya – PSSCM telah dijemput oleh Majlis Pendekar Malaysia untuk turut serta memeriahkan progran anjuran Yayasan Rakyat 1 Malaysia.Program tersebut telah menghimpunkan seramai hampir 10,000 orang termasuk dari golongan muda dan remaja .
Se awal jam 5.00 pagi, 11 buah bas, rombongan PSSCM telah bergerak dari kelas masing masing ke Putra Jaya.Di anggarkan seramai lebih daripada 600 ahli -ahli PSSCM hadir menyerikan program tersebut.Kelas-kelas PSSCM yang terlibat seperti Psas Behrang,PLBB,PL Kuang,KL Ulu Yam,KL Rawang ,PL Selayang, UniKL BMI,UIA Gombak,KL Lembah Keramat, IP Jalan Kent,Uni.Malaya,UIA PJ,Unisel Bestari Jaya,UITM Puncak Alam,Shah Alam & Intec,USIM ,KL Sg Besi,PL Cheras,MFI,UKM,UPM,PL Serdang,UniKL MIAT,Sek Men.Sepang,Unisel Shah Alam,IPB dan KL Putra Jaya.
Jam 6.00 pagi, mereka telah sampai di lokasi dan terus menunaikan solat subuh. Pendaftaran diuruskan oleh JK Urusetia PSSCM untuk mendapatkan Tshirt dan sajian sarapan pagi.
Jam 7.15 pagi,PSSCM telah di beri penghormatan untuk membuat persembahan silat. Seramai 40 orang telah menjayakan nya selama 3 minit.Kemudian di ikuti oleh persembahan dari Silambam,Wushu dan Silat Lincah Malaysia.
Turut hadir,Sdr Rosman Mat Deli KP PSSCM ,Sdr Rostam Penolong Ketua enerangan PSSCM,KP,Sdr Zaini Marzuki JKP, Sdr Shaharuddin JKP,Sdr Hj Izham Penyelia Kelas AU Lembah Keramat,Sdr Zulkifli Ismail NYDP PSSCM Selangor,Sdr Azman Malik Penyelia Kelas UITM Intec,Sdr Amlie JP Penyelia Kelas UPM,Sdr Roslim Abdullah Pengerusi Demo JP,Sdr Tarmizi JK JP PSSCM, Sdr Zainal Abidin Othman Penyelia Kelas Jalan Kent ,Taqiuddin Setiausaha JP PSSCM serta JK JP PSSCM dan lain-lain lagi termasuk mereka yang hadir secara kebetulan.
Hampir jam 8.15 pagi, Perdana Menteri dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat, Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Omar Din bin Mauju Presiden MPM,Datuk Seri Idris Jusuh,Datuk Seri Ong Tee Kiat,Datuk Hj Megat Zulkarnain serta beberapa orang selebriti tempatan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program itu.
Najib dalam ucapannya menyeru rakyat negara ini agar mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat bagi mengelak dijangkiti pelbagai jenis penyakit berisiko tinggi. Datin Seri Rosmah Mansur telah melepaskan semua peserta berjalan sambil berlari sejauh 5 kilometer.
Syabas dan tahniah kepada semua ahli PSSCM yang terlibat menjayakan program tersebut.Laungan semangat cintakan kedamaian,negara serta kasih kepada kepimpinan negara menyemarakkan majlis itu. Sdr Rosman Mat Deli KP PSSCM sempat bersalaman dengan YAB Perdana Menteri dan menyampaikan salam daripada YM Datuk Hj Maideen,sebelum beliau meninggalkan majlis.
YM Guru Utama /Presiden PSSCM Datuk Hj Maideen mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen yang bersungguh-sungguh bersama bersatu menjayakan program tersebut.
Mereka yang terlibat telah mempamerkan penampilan yang luar biasa.PSSCM berasa amat bangga dengan semangat sedia ada didalam melaksana tanggungjawab anda.
Jabatan Penerangan PSSCM serta JK Pengelola mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program tersebut mampu merapatkan hubungan semua ahli-ahli PSSCM.
Majlis bersurai jam 11.00 pagi.
Berita & Gambar: Jabatan Penerangan PSSCM