Sambutan Awal Muharram 144H PSSCM

Barzanji, Marhaban, Qasidah Burdah, & Hari Tenaga Pengajar ke-31

TARIKH

1 September 2019

ATURCARA

Barzanji, Marhaban, Qasidah Burdah, & Hari Tenaga Pengajar ke-31

TEMPAT

Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, N. Sembilan

AKAN BERLANGSUNG LAGI

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Kata Alu-Aluan

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, serta dengan berkat dan syafaat Kekasihnya Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, dengan berkat guru-guru, karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita, maka pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul untuk menyambut Hari Tenaga Pengajar PSSCM dan Sambutan Awal Muharram 1441.

Sinonimnya Sambutan Hari Tenaga Pengajar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) disambut secara bersama dengan Sambutan Awal Muharram adalah kerana mengambil iktibar peristiwa besar dalam sejarah Islam, iaitu tarikh hijrahnya Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam. Begitu juga iktibar daripada sejarah perkembangan Seni Silat Cekak Malaysia melalui penghijrahan Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad dari Kedah ke Kuala Lumpur. Dari kedua-dua peristiwa tersebut kita dididik bahawa penghijrahan ke arah yang lebih baik itu adalah sesuatu yang dituntut. Iaitu berubah daripada kemunduran kepada kemajuan, berubah dari jiwa yang kotor kepada jiwa yang bersih, dari perangai yang tidak elok kepada akhlak yang mulia. Ini sangat bertepatan dengan misi dan visi yang telah digariskan oleh guru-guru kita.

Bermulanya majlis Sambutan Maal Hirah ini di mulakan dengan bersama-sama mengalunkan selawat, berzanji, berqasidah dengan memuji dan memuliakan Rasulullah SAW. Kerana kita dididik oleh guru-guru supaya sentiasa berselawat dan memulakan perjalanan tahun yang baru dengan mengingatkan cabaran dan kegetiran sirah perjalanan perjuangan Rasulullah SAW yang patut di contohi oleh kita semua, khususnya kepada barisan Tenaga Pengajar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Pada sambutan kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua barisan Tenaga Pengajar yang telah menyumbang kepada perkembangan PSSCM. Khususnya kepada mereka yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kelangsungan perjuangan PSSCM. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Tenaga Pengajar yang telah menyumbang kepada penerbitan buku akademik, majalah, jurnal, kertas kerja atau artikel berkenaan kebaikan dan manafaat Ilmu Seni Silat Cekak Malaysia. Sumbangan mereka ini sangat besar maknanya kepada agama, bangsa dan negara. Suatu masa nanti ia akan menjadi bahan rujukan yang sangat berharga di dalam pembinaan tamadun bangsa.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tenaga Pengajar yang telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang di organisasi mereka bekerja. Ini membuktikan bahawa di dalam kesibukan tenaga pengajar di dalam aktriviti persilatan mereka juga telah berjaya membuktikan bahawa mereka adalah orang yang amanah dan berintegriti sehingga membawa kejayaan kepada organisasi. Di samping itu, saya mengucapkan tahniah kepada Tenaga Pengajar yang diberi pengikhtirafan dan penghormatan di negeri masing-masiong atas sumbangan mereka yang diikhtiraf oleh pihak kerajaan negeri. Kesemua kejayaan yang dicapai oleh Tenaga Pengajar itu membuktikan bahawa ahli-ahli Silat Cekak juga adalah penyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan Negara.

Akhirnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tenaga pengajar dari seluruh negara yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas di dalam menyampaikan ilmu Silat Cekak.Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna..

Sekian, terima kasih.

YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH (PMW, BCM)
Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Aturcara 1: Barzanji, Marhaban & Qasidah Burdah

7.30 pagi

Ketibaan dan Pendaftaran Tenaga Pengajar PSSCM
Sarapan Pagi

8.30 pagi

Perarakan Masuk Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia serta Isteri, Ahli LPT, Ahli JKP & Ketua-ketua Cawangan
(Diiringi Selawat Tolaal Badru)

8.45 pagi

Bacaan Selawat Badriyah

8.50 pagi

Ucapan Aluan Pengacara Majlis

8.55 pagi

Bacaan Doa

9.05 pagi

Tayangan Multimedia

9.15 pagi

Bacaan Al-Quran, Kalamun qodim, Barzanji dan Marhaban

10.50 pagi

Persembahan Qasidah Burdah Bermuzik

11.35 pagi

Pelancaran Kitab Barzanji Marhaban dan Qasidah Burdah Berjilid PSSCM Edisi ke-3 “Assyafaatul `Uzma” (Syafaat yang Agung)

11.50 pagi

Ucapan Perutusan Awal Muharram oleh
Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW,BCM)
Guru Utama dan Presiden PSSCM

12.45 pagi

Perarakan Keluar Dari Dewan Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah Guru Utama dan Presiden PSSCM serta isteri bersama-sama barisan AJK Pusat, LPT dan YDP Cawangan
Diiringi Selawat Adnani

Ucapan Penutup Pengacara Majlis

Jamuan Makan dan Bersurai

Aturcara 2: Hari Tenaga Pengajar Ke-31 

2.30 petang

Tenaga Pengajar mengambil tempat

3.30 petang

Perarakan Masuk Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, dan Ahli LPT
(Diiringi Selawat Badriyyah)

3.20 petang

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

3.30 petang

Tayangan Khas Jabatan Penerangan PSSCM

4.00 petang

Ucapan YBhg. En. Safaran bin Haji Ahmad,
Pengerusi Persilatan dan Naib Presiden II Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

4.30 petang

Amanat Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

5.30 petang

Penyerahan Surat Perlantikan Tenaga Pengajar Sesi 2018 / 2019

Anugerah Tokoh Persilatan 2018

Anugerah Khas Guru Utama 2018

Penyampaian Cenderahati Perkahwinan

6.30 petang

Minum petang & bersurai

Anugerah Tokoh Persilatan 2019

Tuan Haji Mohd Fizol Bin Mohd Saad @ Zakaria

Umur: 

50 tahun

Tarikh Lahir:

5 Ogos 1969

Tempat Lahir: 

Kampung Batu Hampar, Merbok, Kedah

Pekerjaan:

Usahawan

Nama Isteri:

Hajah Robiah Binti Mat Yasin

Tahun Belajar Silat Cekak:

1989

Diijazahkan Oleh:

Almarhum Tuan Haji Ishak Bin Itam

Ujian Sijil Rendah:

3 Ogos 1991

Ujian Sijil Menengah

17 Disember 1995

Anugerah Parang Lading

28 Mei 2011

Pengalaman Memegang Jawatan dalam Pentadbiran & Persilatan PSSCM

Jurulatih PSSCM
Penolong Setiausaha Agung II
Pengerusi Jabatan Kursus Kemahiran & Ujian
Pengerusi Jabatan Bina Insan
Ahli Jawatankuasa Pusat
Ahli Lembaga Pelajaran & Tatatertib

Anugerah Yang Pernah Diterima dalam PSSCM

Pingat Setia PSSCM – 2007
Pingat Berjasa PSSCM – 2016
Anugerah Guru Utama PSSCM – 2018

 

Jawatankuasa Induk

Sambutan Awal Muharram PSSCM 1441H / 2019M

Penaung
YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH,
GURU UTAMA & PRESIDEN PSSCM

Pengerusi
EN. SAFARAN BIN HJ. AHMAD

Setiausaha
MOHD FAIZAL BIN ABDUL RAHMAN

Penolong Setiausaha
EN. HUSNI MUBARAK BIN HJ. YAHAYA

Bendahari Program
EN. WAN MOHD. ADZHAR BIN MOHD. SALIM

Sekretariat Tenaga Pengajar/Pendaftaran
EN. SAZARIN BIN SARDOMO

Majlis Barzanji / Marhaban/Sajian
TN. HJ. MOHD. FIZOL BIN MOHD. SAAD @ ZAKARIA
EN. SAZARIN BIN SARDOMO

Ketua Bacaan Berzanji/Marhaban
TN. HJ GHAZALI BIN ABDUL RAHMAN

Bahagian Protokol
EN. SHARUDIN BIN YASIN

Reka Bentuk & Penerbitan Buku
TN. HJ. MOHD HAFIZ BIN JAMIL
EN. IRFAN FARIS BIN JANIT
EN. KAMIL FAHMI BIN ALI

Bahagian Audio/Video/Montaj
EN. ROSTAM BIN HAMZAH

Bahagian Persiapan Dewan
EN. FAISAL BIN SAID
EN. SAID MOHAMAD YUSOF BIN BICHK KOYAK

Bahagian Cenderahati / Anugerah Khas / Tokoh Persilatan
EN. FAIZAL BIN ABDUL RAHMAN

Bahagian Keselamatan & Tugas-Tugas Khas
TN. HJ. MUSTAPHA BIN HJ. MOHD GHANI

Bahagian Hebahan Media & Webmaster
TN. HJ. ROSLI BIN ABD RAHIM

Bahagian Tenaga Kerja Utama
TN. HJ. ZAINOL BIN SAIFUDDIN