6 Februari 2012, Kuala Lumpur – PSSCM sekali lagi muncul secara live di TV1 RTM menerusi segmen Selamat Pagi 1Malaysia.
Slot selama setengah jam tersebut membincangkan secara khusus mengenai Karnival Wajadiri IPT 1Malaysia Ke-5 yang bakal diadakan pada 11 Februari 2012 ini bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Selain itu isu-isu mengenai Seni Silat Cekak Malaysia serta seni mempertahankan diri turut diperkatakan.
Ahli panel PSSCM adalah terdiri dari En. Roaman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM merangkap Naib Presiden PESAKA Kebangsaan, En. Zaini Bin Marzuki, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM serta Cik Hazrina Yusof Hamdani, Pengarah Program Karnival Wajadiri IPT 1Malaysia Ke-5. Pengacara SP1M pada kali ini adalah Zulkifli Bujang dan Edlynda Hanie Abu Hamid.
Persembahan Silat Cekak dipersembahkan oleh skuad demo PSSCM dari Kelas Latihan Cheras dan UKM Bangi.