26 November 2011, Bukit Mertajam – Seramai lebih 100 orang ahli PSSCM yang terdiri dariAhli Jawatankuasa Pusat & LPT serta wakil dari cawangan PSSCM dari seluruh Malaysia menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah 1433 di rumah Tuan Haji Ishak Bin Itam di sini.
Majlis dimulai dengan bacaan doa akhir tahun 1432, solat Maghrib, doa awal tahun hijrah 1433, tahlil, marhaban & qasidah burdah. Majlis selesai jam 11.00 malam dan semua tenaga pengajar bertolak ke UTP Tronoh bagi menghadiri majlis sambutan peringkat PSSCM pada keesokan harinya.
Wartawan & foto : Admin